Monday, February 9, 2026

Teknologi Bikin Ekspress atau Memalaskan!?

Manusia hari ini ditemani alat personal yang menjadi pemudahcara kehidupan mereka. Peralatan-peralatan yang datang dengan pelbagai fungsi ini tidak pernah kita fikirkan untuk ada berdamping dengan kita pada masa ini.

Kehadiran alatan ini ditafsirkan sebagai pembantu memudahkan kehidupan. Sudah pasti ia diberikan poin sebegitu, kerana poin itu diyakini mampu meningkatkan jualan produk. Kau tau sajalah, zaman yang kau hidup sekarang ni semua ada marketing. Serba serbi ada istilah marketing. Pandai menjual, lakulah barang. 

Namun disebalik semua kenyamanan yang diwar-warkan, terdapat kesan buruk yang aku dapat kesan (aku berpikir macam otak aku paling geligalah kononnya). 

Kita kerap melihat sekumpulan manusia berhubung untuk lepak tapi akhirnya mereka berkiblatkan telefon masing-masing. Buat hal sendiri. Bila bercakap pun tiada eye contact. Aidonbilipit. Hilang satu human skill kau, komunikasi berkesan.

Ada juga gajet yang berfungsi sebagai alat pembersih rumah anda, menjamin kebersihan rumah pada tahap berkilat. Sampai satu tahap, kau yang sepatutnya menggerakkan otot untuk mengekalkan kecergasan badan, namun akhirnya, duduk tersengih sambil layan telefon, menjeling ke arah mesin pembersih yang sedang berhempas pulas menyedut debu dengan penuh bangga. Dengan catatan terakhir berat badan kau tercatit "99kg" di nota yang melekat di peti ais. Kalaulah kau sedar, kerja membersih adalah senaman paling ringan dan efektif yang membantu tubuh badan untuk kekal sihat. Tapi tu lah, ada mesin buatkan kerja. Hilang lagi satu human skill kau, membersih untuk kekal bersih dan sihat.

Kalau dulu, manusia dikenali sebagai spesies yang kuat berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Tradisi kuat bekerja ini perlu diteruskan oleh semua manusia di dunia ini. Kalau ikutkan, filem "Wall-E" dengan jelas menyindir umat manusia yang kian kehilangan human skills sehingga mereka menjadi pemalas nak mampus dan obesiti teruk sehingga bergerak pun guna sebuah device.

Dengan ini, aku mengajak kamu semua diet. Jangan sampai ada kawan lain yang panggil dengan panggilan...

"Oi, babi". 

🤣
Share:

Monday, February 2, 2026

Liga Pemikiran Elitis

Dalam kasta budaya pemikiran, orang cenderung untuk menjauh diri jika mereka dapati ada orang lebih baik daripada mereka. Menjauh tu sebagai langkah penafian untuk mengakui orang tersebut lebih baik daripada kumpulan mereka. 

Golongan ini tidak gemar jika ada orang lebih pandai walau sedikit daripada mereka. Itu sebabnya mereka gemar bergaul semasa mereka. Pergaulan mereka ini sebagai tanda sokongan moral terhadap kepercayaan terhadap ilmu yang mereka percaya. 

Nasihat aku, abaikan kumpulan dengan kebebalan-kebebalan yang mereka sedang tatang pelihara itu. Dalam mereka menatang kebebalan yang tiada keperluan, kita pula orak langkah ke depan mengaut ilmu-ilmu yang punyai manfaat. 

Kita terus menakluk minat baharu, ambil tahu, belajar non-stop. Perbuatan itulah yang menjadi kalis amnesia. Asal kau latih otak kau benda baharu hatta menjahit sekalipun, kau sedang memberi otak kau makanan untuk kekal sihat.

Share:

Saturday, November 15, 2025

Fabrik Realiti!?

Aku sedang menjalani fabrik realiti yang tidak aku inginkan. Malah realiti ini aku harap adalah satu mainan mimpi. Pedih menanggung rasa ini umpama beban yang terus terus menekan. 

Seperti mahu saja aku alter realiti ini dan mainkan avatarku dengan penuh suka dan bahagia. Realiti yang aku ingin alter itu, sangat indah dan cukup mempersona. Aku dan kau bersama-sama. Berbalas senyum dan berganti tawa. Menatap mata, berpegangan tangan. Tiada yang memisahkan kuntum bunga mekar indah ditiup angin perlahan.

Aku sedar, kesilapan aku pernah mengurangkan sikit perhatian. Tapi tidak mengurangkan rasa kasih dan sayang. Kalau bisa aku jelaskan, sudah pasti gambarnya sejelas Ultra HD paparan.

Oh tuhan, aku terima balasanmu. Berikan aku kekuatan berdepan pelbagai onak duri kehidupan. Melangkah dengan berani tidak toleh belakang. 

Aku harap inilah realiti yang berjaya aku alter-kan.
Share:

Monday, July 21, 2025

Kalau Aku

 "Kalau aku"

Ungkapan yang aku percaya kita kerap dengar daripada rakan rapat, keluarga dan siapa sahaja yang dekat dengan kita. Mereka ini cenderung bercerita dalam ruang lingkup yang sempit dan pengalaman mereka untuk di-highlight-kan sebagai contoh terbaik mahupun terburuk. 

 

"Kalau aku"

Mereka kerap merasakan apa yang mereka rasai adalah pengalaman paling layak untuk dicontohi - macam tahi - dalam apa jua keadaan. Kisah yang kau dendangkan akan ditolak tepi kerana kisah kau tiada makna di mata mereka. Mereka suka percaya apa yang mereka percaya adalah kebenarannya. Sebab kisahnya pernah di-iya-kan oleh kawan-kawan yang tidak gemar untuk berselisih pendapat pada perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Akhirnya, dia percaya dia miliki kebolehan yang konon berdasarkan pengalamannya, manusia lain di bumi ini boleh selamat. 


"Kalau aku"

Berebut-rebut menyampaikan ceritanya yang jika dimarkahi, hanya mendapat gred E. Namun begitulah bahayanya self belief jika percaya kepada benda yang salah. Macam sia-sia yang diletakkan para pempercaya bumi leper. Kepercayaan yang tidak konkrit, kepercayaannya mudah dibeli oleh beberapa orang yang punyai fikiran yang sama. Tanpa dia ketahui, apa yang mereka percaya benar-benar benar atau menyimpang jauh.


Tapi kalau aku, aku mahu jadi orang yang selalu belajar benda baru. Matlamatnya bukan mahu pandai di depan manusia, tapi mahu jadi manusia bermanfaat kepada manusia lain.


Share:

Monday, November 25, 2024

Puspita Sari

Tiada pernah rasa ini berkurang
walaupun aku dibuang
pesta tari hati akan terus berdendang

Tiada pernah sayang ini berkurang
walaupun aku dibuang
namun kamu tetap aku sayang

Bukan tidak faham
tapi aku mahu bertahan
Biar kadang menyakitkan
namun aku tetap bertahan

Dikau menetap di hati
Dikaulah jantung hati
Walau hanya ilusi 
Dikau adalah puspita sari
Share:

Tuesday, November 12, 2024

Kirana Kanda

tiada pernah memijak mayapada
yang citra nyata
kini kian cacau, meracau
bila bersua kau manikam

sahmura, kau renjana hati lara
aku aduka sunyi suram
kini tiada bicara, suara
kau mabur aku membungkam

Wahai Kirana Kanda
puteri kanda yang mabur
Kirana ibarat kandil, kirana
menjadi candra bumantara

jauh hati dan jiwa
tiada pernah cipta kesumat
walau hati risi bercempara
aduka teguh sayang kirana kanda


*tinta buat ariningsun aku renjana
Share:

Thursday, October 10, 2024

Aku yang lemah, minta maaf!

Aku yang lemah
Nampak kuat gagah
Segak berdiri tampil tampan
Semua yang kau lihat, tidak sama yang kau tahu

Aku yang lemah
Setiap masa kau beri aku senyuman
Namun kini kau hadiahkan airmata
Tapi aku tidak pernah berubah 
Terus memuja kau bunga

Aku yang lemah
Mana mungkin aku lupa
Pandangan indah yang penuh warna
Selalu jadi tatapan mataku

Aku semakin lemah
Kini aku bukan lagi aku
Kali ini aku tewas 
Tapi aku tidak pernah mengalah


Aku akan terus biar orbit planet ni berputar dengan pesta tari terus menari-nari

Minta maaf. Aku yang lemah. Minta maaf!

Share:

Saturday, September 21, 2024

Jika Aku Si Tua!

Bila duduk termenung sendiri, otak aku selalu ligat berpikir tentang bermacam-macam. Tentang dunia, tentang kau, tentang manusia yang sama-sama menjalani fungsi masing-masing di dunia ini.

Dalam sunyinya dunia di kepala dan riuhnya dunia nyata yang silih berganti aku alami, aku terpikir tentang hari tua. Hari tua dimana, si tua akan mengganggap dia benar, benar dalam banyak hal kerana sudah merasainya dahulu. Si tua yang merasa perlu dihormati tanpa perlu ada sebab hanya kerana sudah tua. Si tua yang akan merasakan setiap kata-kata mereka adalah jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang kau hadapi.

Bila aku letak diri aku dalam sepatu mereka, si tua, aku merasa bahawa jika itulah keadaannya, aku adalah si tua yang sombong. Sombong kerana merasa tingkahku adalah petunjuk jalan hidup anak muda. Walhal, banyak sahaja ilmu baru yang generasi baru ini pelajari dari sudut pandang yang berbeza dengan apa yang aku, si tua, ini rasakan. Hanya kerana aku berbangga dengan ilmu yang aku miliki dahulu, aku tidak menerima ilmu baharu yang anak muda ini sedang alami. Aku jadi si tua yang sombong dengan ilmu yang outdated.

Dari situ, aku terfikir, dari sekaranglah aku, yang belum terlalu tua ini, perlu jadi insan yang tidak sombong dengan ilmu baharu, sentiasa berusaha jadi manusia yang pandai, manusia yang berbuat baik kepada manusia lain yang menjalani fungsi masing-masing di dunia ini. 

Maka, pada usia tuamu, kau bersedia dengan banyak ilmu yang boleh kau hujahkan kepada anak muda pada waktu itu. Terbuka dalam berbincang, berhujah dengan pembuktian, teliti dalam pertimbangan.

Biar bising di kepala, tapi diam (dengan bijak) bersama semua manusia lain.
Share:

Tuesday, August 20, 2024

Makhluk bumi yang sombong!?

Makin kayakah kita dengan adab sekaya generasi kini yang boleh memiliki apa sahaja yang nilai tukarannya kertas yang dipanggil duit dengan nilai matawang?

Atau ebih kayakah orang dulu-dulu dengan adab?  Tinggikah adab mereka kerana tidak tahu serba serbi tentang hal yang banyak seperti mana semua ilmu yang boleh di-akses kini?

Benarkah kita laung "hentikan eksploitasi hutan" pada kertas yang kita proses melalui penarahan pokok di hutan?

Ironinya, kita umat manusia yang telah lama mendiami bumi ini, mengurusnya dengan lebih baik sepatutnya adalah kepakaran (manusia), namun semakin manusia ini pintar, celik, berakal, semakin pula menjadi licik untuk memenuhi kocek sendiri. 

Kalau pandang kiri kanan atas bawah depan belakang, sedar tidak sedar kerosakan ini tidak pernah bermula sejak kita kecil, tapi sudah bermula sebelum kita lahir. 

Tiada jalan singkat mengubah tindak tanduk manusia, tapi perubahan boleh bermula dari aku, kau, kita, semua. Seribu langkah bermula dari langkah pertama. Sebelum sampai puncak bukit, jejak dahulu kaki bukit. 

"Bernafas macam dalam lumpur pun tidak apa, asal nafas masih ada. Terus kuat, bersemangat."
Share:

Friday, June 21, 2024

Semua Salah Orang Lain!?

 Asal gagal laksanakan sesuatu, kau akan refleksi diri atau salahkan sesuatu? 

Jawapan bagi soalan ini adalah cerminan personaliti anda sendiri.

Tanda anda seorang yang lemah adalah terus menyalahkan apa sahaja yang ada di sekeliling anda. Semua hal lain menjadi punca kepada perkara yang anda gagal capai.

Oleh itu, refleksi diri tuan tuan. Saya tidak pikir anda akan selesa dengan mentaliti lemah ini sampai ke tua. 

Selamat belajar sesuatu ahli fikir semua. 😊


Share:

Sunday, October 29, 2023

Aku Bukan yang Terbaik!

Assalamualaikum.

Dalam dunia yang serba luas ini, sebaik mana pun kita rasa kita dalam satu-satu hal, pasti ada yang lebih baik daripada kita.

Kau rasa kau paling handsome, ada lagi paling handsome.

Kau rasa kau paling pembersih, ada lagi paling pembersih, basuh tangan tiap satu minit.

Kau rasa kau paling malas, ada lagi paling malas. Malas sampai dia paling rajin dalam bab bermalas-malas.

Jadi dalam semua hal, akan ada orang lain yang lebih terbaik daripada kita. Jadi kita tidaklah boleh mendabik dada dan berbangga kita yang terbaik. 

Namun dalam hal ini bukanlah penghalang kita jadi orang yang tidak berusaha melakukan yang terbaik. Jadikan ia motivasi terbaik dan sempadan peringatan agar kita tidak berlebih-lebih dalam sesuatu perkara.

"Jangan merasa diri yang terbaik. Tapi sentiasalah buat yang terbaik".
Share:

Saturday, September 23, 2023

Mahkota Kebodohan!?

Sebenarnya memang baik jika yakin dalam melakukan sesuatu. Bila yakin, bermakna keputusan sudah ditimbang sebaiknya untuk menghasilkan keputusan akhir. Macam-macam detail sudah difilter untuk mewujudkan final decision.

Namun, dunia masa kini kita dihidangkan dengan pelbagai ragam manusia yang dengan bangga memakai 'mahkota kebodohan'. Golongan ini dengan yakinnya mengeluarkan kenyataan yang jelas bebal. Tapi kerana kenyataan itu disokong pula si bebal yang lain, maka ia benar-benar yakin bahawa perkataannya itu benar. Ia ibarat sebuah sokongan moral yang menjadikan mereka lebih kuat, utuh dan yakin. Eee seram. haha

Lihat sahaja di dalam media sosial, banyak sahaja netizen menulis komentar yang bila dibaca, boleh geleng kepala dibuatnya. Sampai satu tahap, "tidak sangka sampai tahap ni bebalnya kau dan dengan yakinnya kau memakai mahkota kebebalan itu". 

Bila merenung panjang, aku kira, manusia sukar untuk diselamatkan dari kebebalan ini. Kemodenan yang kita kecapi kini menjadikan kita makhluk yang sombong dan kurang peduli kepada individu lain. Homosapien yang menghuni bumi ini lebih kisah tentang "kisah aku" "kalau aku" "dunia aku". 

Keadaan ini boleh diubah jika terdapat satu figura yang cukup besar untuk menjadi ikon kebijaksaan manusia yang tinggal di dunia ini. 

Kalau kau ada mahkota bebal, tanggalkan. Buang sekali mahkota cemburu, mahkota emosi dan segala jenis mahkota yang menjerumus kau ke lembah gelap. Suluhkan hidup kau dengan cahaya kepandaian, kebersamaan dan kecintaan terhadap keamanan.

Peace! ✌🏻
Share:

Saturday, August 19, 2023

Memadam Api Seberang, Rumah Sendiri Jadi Arang

Di dalam pergaulan sesama manusia, ada yang kita pilih sebagai kawan rapat, dipercayai, berkongsi kisah cerita, ada juga yang kita hormati kerana kedudukannya mungkin atasan kita atau seorang yang senior daripada kita.

Hubungan sesama manusia perlu dijaga dengan baik. Tutur kata, tingkah laku ada kalanya membawa kepada persengketaan di antara sesama kawan. 

Apapun situasinya, jagalah harmoni hubungan sesama rakan yang anda rapat. Jangan dek kerana menjaga hati orang berkedudukan, sehingga memilih untuk hampakan rakan, atas dasar mahu nampak cemerlang di hadapan orang lain.

Hidup ini terlalu singkat untuk saling berdendam dan memenangi peraduan hidup yang tiada piala. Pilih menang bersama saja guys! Hidupmu bakal aman sampai ke tua. Jadi jom #menangbersama kahkahkah!

Jangan sekadar Memadam Api Seberang, Rumah Sendiri Rentung Hangus.

xoxo
Share: