Saturday, September 23, 2023

Mahkota Kebodohan!?

Sebenarnya memang baik jika yakin dalam melakukan sesuatu. Bila yakin, bermakna keputusan sudah ditimbang sebaiknya untuk menghasilkan keputusan akhir. Macam-macam detail sudah difilter untuk mewujudkan final decision.

Namun, dunia masa kini kita dihidangkan dengan pelbagai ragam manusia yang dengan bangga memakai 'mahkota kebodohan'. Golongan ini dengan yakinnya mengeluarkan kenyataan yang jelas bebal. Tapi kerana kenyataan itu disokong pula si bebal yang lain, maka ia benar-benar yakin bahawa perkataannya itu benar. Ia ibarat sebuah sokongan moral yang menjadikan mereka lebih kuat, utuh dan yakin. Eee seram. haha

Lihat sahaja di dalam media sosial, banyak sahaja netizen menulis komentar yang bila dibaca, boleh geleng kepala dibuatnya. Sampai satu tahap, "tidak sangka sampai tahap ni bebalnya kau dan dengan yakinnya kau memakai mahkota kebebalan itu". 

Bila merenung panjang, aku kira, manusia sukar untuk diselamatkan dari kebebalan ini. Kemodenan yang kita kecapi kini menjadikan kita makhluk yang sombong dan kurang peduli kepada individu lain. Homosapien yang menghuni bumi ini lebih kisah tentang "kisah aku" "kalau aku" "dunia aku". 

Keadaan ini boleh diubah jika terdapat satu figura yang cukup besar untuk menjadi ikon kebijaksaan manusia yang tinggal di dunia ini. 

Kalau kau ada mahkota bebal, tanggalkan. Buang sekali mahkota cemburu, mahkota emosi dan segala jenis mahkota yang menjerumus kau ke lembah gelap. Suluhkan hidup kau dengan cahaya kepandaian, kebersamaan dan kecintaan terhadap keamanan.

Peace! ✌🏻
Share: