Monday, February 9, 2026

Teknologi Bikin Ekspress atau Memalaskan!?

Manusia hari ini ditemani alat personal yang menjadi pemudahcara kehidupan mereka. Peralatan-peralatan yang datang dengan pelbagai fungsi ini tidak pernah kita fikirkan untuk ada berdamping dengan kita pada masa ini.

Kehadiran alatan ini ditafsirkan sebagai pembantu memudahkan kehidupan. Sudah pasti ia diberikan poin sebegitu, kerana poin itu diyakini mampu meningkatkan jualan produk. Kau tau sajalah, zaman yang kau hidup sekarang ni semua ada marketing. Serba serbi ada istilah marketing. Pandai menjual, lakulah barang. 

Namun disebalik semua kenyamanan yang diwar-warkan, terdapat kesan buruk yang aku dapat kesan (aku berpikir macam otak aku paling geligalah kononnya). 

Kita kerap melihat sekumpulan manusia berhubung untuk lepak tapi akhirnya mereka berkiblatkan telefon masing-masing. Buat hal sendiri. Bila bercakap pun tiada eye contact. Aidonbilipit. Hilang satu human skill kau, komunikasi berkesan.

Ada juga gajet yang berfungsi sebagai alat pembersih rumah anda, menjamin kebersihan rumah pada tahap berkilat. Sampai satu tahap, kau yang sepatutnya menggerakkan otot untuk mengekalkan kecergasan badan, namun akhirnya, duduk tersengih sambil layan telefon, menjeling ke arah mesin pembersih yang sedang berhempas pulas menyedut debu dengan penuh bangga. Dengan catatan terakhir berat badan kau tercatit "99kg" di nota yang melekat di peti ais. Kalaulah kau sedar, kerja membersih adalah senaman paling ringan dan efektif yang membantu tubuh badan untuk kekal sihat. Tapi tu lah, ada mesin buatkan kerja. Hilang lagi satu human skill kau, membersih untuk kekal bersih dan sihat.

Kalau dulu, manusia dikenali sebagai spesies yang kuat berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Tradisi kuat bekerja ini perlu diteruskan oleh semua manusia di dunia ini. Kalau ikutkan, filem "Wall-E" dengan jelas menyindir umat manusia yang kian kehilangan human skills sehingga mereka menjadi pemalas nak mampus dan obesiti teruk sehingga bergerak pun guna sebuah device.

Dengan ini, aku mengajak kamu semua diet. Jangan sampai ada kawan lain yang panggil dengan panggilan...

"Oi, babi". 

🤣
Share:

Monday, February 2, 2026

Liga Pemikiran Elitis

Dalam kasta budaya pemikiran, orang cenderung untuk menjauh diri jika mereka dapati ada orang lebih baik daripada mereka. Menjauh tu sebagai langkah penafian untuk mengakui orang tersebut lebih baik daripada kumpulan mereka. 

Golongan ini tidak gemar jika ada orang lebih pandai walau sedikit daripada mereka. Itu sebabnya mereka gemar bergaul semasa mereka. Pergaulan mereka ini sebagai tanda sokongan moral terhadap kepercayaan terhadap ilmu yang mereka percaya. 

Nasihat aku, abaikan kumpulan dengan kebebalan-kebebalan yang mereka sedang tatang pelihara itu. Dalam mereka menatang kebebalan yang tiada keperluan, kita pula orak langkah ke depan mengaut ilmu-ilmu yang punyai manfaat. 

Kita terus menakluk minat baharu, ambil tahu, belajar non-stop. Perbuatan itulah yang menjadi kalis amnesia. Asal kau latih otak kau benda baharu hatta menjahit sekalipun, kau sedang memberi otak kau makanan untuk kekal sihat.

Share: