Monday, November 25, 2024

Puspita Sari

Tiada pernah rasa ini berkurang
walaupun aku dibuang
pesta tari hati akan terus berdendang

Tiada pernah sayang ini berkurang
walaupun aku dibuang
namun kamu tetap aku sayang

Bukan tidak faham
tapi aku mahu bertahan
Biar kadang menyakitkan
namun aku tetap bertahan

Dikau menetap di hati
Dikaulah jantung hati
Walau hanya ilusi 
Dikau adalah puspita sari
Share:

Tuesday, November 12, 2024

Kirana Kanda

tiada pernah memijak mayapada
yang citra nyata
kini kian cacau, meracau
bila bersua kau manikam

sahmura, kau renjana hati lara
aku aduka sunyi suram
kini tiada bicara, suara
kau mabur aku membungkam

Wahai Kirana Kanda
puteri kanda yang mabur
Kirana ibarat kandil, kirana
menjadi candra bumantara

jauh hati dan jiwa
tiada pernah cipta kesumat
walau hati risi bercempara
aduka teguh sayang kirana kanda


*tinta buat ariningsun aku renjana
Share:

Thursday, October 10, 2024

Aku yang lemah, minta maaf!

Aku yang lemah
Nampak kuat gagah
Segak berdiri tampil tampan
Semua yang kau lihat, tidak sama yang kau tahu

Aku yang lemah
Setiap masa kau beri aku senyuman
Namun kini kau hadiahkan airmata
Tapi aku tidak pernah berubah 
Terus memuja kau bunga

Aku yang lemah
Mana mungkin aku lupa
Pandangan indah yang penuh warna
Selalu jadi tatapan mataku

Aku semakin lemah
Kini aku bukan lagi aku
Kali ini aku tewas 
Tapi aku tidak pernah mengalah


Aku akan terus biar orbit planet ni berputar dengan pesta tari terus menari-nari

Minta maaf. Aku yang lemah. Minta maaf!

Share:

Saturday, September 21, 2024

Jika Aku Si Tua!

Bila duduk termenung sendiri, otak aku selalu ligat berpikir tentang bermacam-macam. Tentang dunia, tentang kau, tentang manusia yang sama-sama menjalani fungsi masing-masing di dunia ini.

Dalam sunyinya dunia di kepala dan riuhnya dunia nyata yang silih berganti aku alami, aku terpikir tentang hari tua. Hari tua dimana, si tua akan mengganggap dia benar, benar dalam banyak hal kerana sudah merasainya dahulu. Si tua yang merasa perlu dihormati tanpa perlu ada sebab hanya kerana sudah tua. Si tua yang akan merasakan setiap kata-kata mereka adalah jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang kau hadapi.

Bila aku letak diri aku dalam sepatu mereka, si tua, aku merasa bahawa jika itulah keadaannya, aku adalah si tua yang sombong. Sombong kerana merasa tingkahku adalah petunjuk jalan hidup anak muda. Walhal, banyak sahaja ilmu baru yang generasi baru ini pelajari dari sudut pandang yang berbeza dengan apa yang aku, si tua, ini rasakan. Hanya kerana aku berbangga dengan ilmu yang aku miliki dahulu, aku tidak menerima ilmu baharu yang anak muda ini sedang alami. Aku jadi si tua yang sombong dengan ilmu yang outdated.

Dari situ, aku terfikir, dari sekaranglah aku, yang belum terlalu tua ini, perlu jadi insan yang tidak sombong dengan ilmu baharu, sentiasa berusaha jadi manusia yang pandai, manusia yang berbuat baik kepada manusia lain yang menjalani fungsi masing-masing di dunia ini. 

Maka, pada usia tuamu, kau bersedia dengan banyak ilmu yang boleh kau hujahkan kepada anak muda pada waktu itu. Terbuka dalam berbincang, berhujah dengan pembuktian, teliti dalam pertimbangan.

Biar bising di kepala, tapi diam (dengan bijak) bersama semua manusia lain.
Share:

Tuesday, August 20, 2024

Makhluk bumi yang sombong!?

Makin kayakah kita dengan adab sekaya generasi kini yang boleh memiliki apa sahaja yang nilai tukarannya kertas yang dipanggil duit dengan nilai matawang?

Atau ebih kayakah orang dulu-dulu dengan adab?  Tinggikah adab mereka kerana tidak tahu serba serbi tentang hal yang banyak seperti mana semua ilmu yang boleh di-akses kini?

Benarkah kita laung "hentikan eksploitasi hutan" pada kertas yang kita proses melalui penarahan pokok di hutan?

Ironinya, kita umat manusia yang telah lama mendiami bumi ini, mengurusnya dengan lebih baik sepatutnya adalah kepakaran (manusia), namun semakin manusia ini pintar, celik, berakal, semakin pula menjadi licik untuk memenuhi kocek sendiri. 

Kalau pandang kiri kanan atas bawah depan belakang, sedar tidak sedar kerosakan ini tidak pernah bermula sejak kita kecil, tapi sudah bermula sebelum kita lahir. 

Tiada jalan singkat mengubah tindak tanduk manusia, tapi perubahan boleh bermula dari aku, kau, kita, semua. Seribu langkah bermula dari langkah pertama. Sebelum sampai puncak bukit, jejak dahulu kaki bukit. 

"Bernafas macam dalam lumpur pun tidak apa, asal nafas masih ada. Terus kuat, bersemangat."
Share:

Friday, June 21, 2024

Semua Salah Orang Lain!?

 Asal gagal laksanakan sesuatu, kau akan refleksi diri atau salahkan sesuatu? 

Jawapan bagi soalan ini adalah cerminan personaliti anda sendiri.

Tanda anda seorang yang lemah adalah terus menyalahkan apa sahaja yang ada di sekeliling anda. Semua hal lain menjadi punca kepada perkara yang anda gagal capai.

Oleh itu, refleksi diri tuan tuan. Saya tidak pikir anda akan selesa dengan mentaliti lemah ini sampai ke tua. 

Selamat belajar sesuatu ahli fikir semua. 😊


Share:

Sunday, October 29, 2023

Aku Bukan yang Terbaik!

Assalamualaikum.

Dalam dunia yang serba luas ini, sebaik mana pun kita rasa kita dalam satu-satu hal, pasti ada yang lebih baik daripada kita.

Kau rasa kau paling handsome, ada lagi paling handsome.

Kau rasa kau paling pembersih, ada lagi paling pembersih, basuh tangan tiap satu minit.

Kau rasa kau paling malas, ada lagi paling malas. Malas sampai dia paling rajin dalam bab bermalas-malas.

Jadi dalam semua hal, akan ada orang lain yang lebih terbaik daripada kita. Jadi kita tidaklah boleh mendabik dada dan berbangga kita yang terbaik. 

Namun dalam hal ini bukanlah penghalang kita jadi orang yang tidak berusaha melakukan yang terbaik. Jadikan ia motivasi terbaik dan sempadan peringatan agar kita tidak berlebih-lebih dalam sesuatu perkara.

"Jangan merasa diri yang terbaik. Tapi sentiasalah buat yang terbaik".
Share:

Saturday, September 23, 2023

Mahkota Kebodohan!?

Sebenarnya memang baik jika yakin dalam melakukan sesuatu. Bila yakin, bermakna keputusan sudah ditimbang sebaiknya untuk menghasilkan keputusan akhir. Macam-macam detail sudah difilter untuk mewujudkan final decision.

Namun, dunia masa kini kita dihidangkan dengan pelbagai ragam manusia yang dengan bangga memakai 'mahkota kebodohan'. Golongan ini dengan yakinnya mengeluarkan kenyataan yang jelas bebal. Tapi kerana kenyataan itu disokong pula si bebal yang lain, maka ia benar-benar yakin bahawa perkataannya itu benar. Ia ibarat sebuah sokongan moral yang menjadikan mereka lebih kuat, utuh dan yakin. Eee seram. haha

Lihat sahaja di dalam media sosial, banyak sahaja netizen menulis komentar yang bila dibaca, boleh geleng kepala dibuatnya. Sampai satu tahap, "tidak sangka sampai tahap ni bebalnya kau dan dengan yakinnya kau memakai mahkota kebebalan itu". 

Bila merenung panjang, aku kira, manusia sukar untuk diselamatkan dari kebebalan ini. Kemodenan yang kita kecapi kini menjadikan kita makhluk yang sombong dan kurang peduli kepada individu lain. Homosapien yang menghuni bumi ini lebih kisah tentang "kisah aku" "kalau aku" "dunia aku". 

Keadaan ini boleh diubah jika terdapat satu figura yang cukup besar untuk menjadi ikon kebijaksaan manusia yang tinggal di dunia ini. 

Kalau kau ada mahkota bebal, tanggalkan. Buang sekali mahkota cemburu, mahkota emosi dan segala jenis mahkota yang menjerumus kau ke lembah gelap. Suluhkan hidup kau dengan cahaya kepandaian, kebersamaan dan kecintaan terhadap keamanan.

Peace! ✌🏻
Share:

Saturday, August 19, 2023

Memadam Api Seberang, Rumah Sendiri Jadi Arang

Di dalam pergaulan sesama manusia, ada yang kita pilih sebagai kawan rapat, dipercayai, berkongsi kisah cerita, ada juga yang kita hormati kerana kedudukannya mungkin atasan kita atau seorang yang senior daripada kita.

Hubungan sesama manusia perlu dijaga dengan baik. Tutur kata, tingkah laku ada kalanya membawa kepada persengketaan di antara sesama kawan. 

Apapun situasinya, jagalah harmoni hubungan sesama rakan yang anda rapat. Jangan dek kerana menjaga hati orang berkedudukan, sehingga memilih untuk hampakan rakan, atas dasar mahu nampak cemerlang di hadapan orang lain.

Hidup ini terlalu singkat untuk saling berdendam dan memenangi peraduan hidup yang tiada piala. Pilih menang bersama saja guys! Hidupmu bakal aman sampai ke tua. Jadi jom #menangbersama kahkahkah!

Jangan sekadar Memadam Api Seberang, Rumah Sendiri Rentung Hangus.

xoxo
Share:

Tuesday, June 20, 2023

Kontol kena Kontrol

Sekumpulan individu biasanya suka untuk lepak bersama-sama apabila mereka ini mempunyai set of knowledge, set of interest, set of humor yang sama atau hampir-hampir. Pada tahap ini hubungan ini digelar "gila-gila". Pernah dengar kan, "Aku boleh masuk air dengan si polan pasal kami sama ja gila-gila".

Hubungan perkumpulan sebegini sebenarnya baik sebab mereka boleh melaksanakan banyak perkara bersama-sama dengan mudah, easy to tolerate. 

Sebab itulah, apabila these set of people, boleh bergurau kasar. No hurt feeling. Cumanya normalisasi sporting masa ini aku rasa difahami dengan konteks yang salah. Sporting tidak semestinya cakap lepas tentang kelucahan, bedal borak tentang body shaming, memaki hamun sesuka hati, sehingga menyinggung perasaan si polan.

Kalau itu sporting yang kau faham, kau sedang salah faham. Percayalah, salah faham lebih bahaya dan mudarat berbanding tidak faham. Kalau tidak faham, kau akan diam, tidak sampai-sampaikan dan panjang-panjangkan malah berusaha untuk cari tahu. Tapi kalau salah faham, benar-benar mudarat. Sudahlah konteks difahami secara tidak betul, dipanjangkan lagi kepada orang lain. Kau seperti menyebarkan sebuah hikayat penipuan yang akan terus meluncur menjadi jambatan dosa kau kelak. Fuh seram.

Maka, berhenti bertindak berdasarkan apa orang cakap. Orang cakap belakang, sebab mereka di belakang. Kau terus melangkah ke hadapan. Kata-kata orang lain yang prejudis ini sepatutnya tiada kesan kepada kau. Biarkan mereka living in their own rubbish mind. 

Burung enggang terbang tidak sama tinggi dengan burung pipit. Letakkan diri kau di tempat yang eksklusif. Get yourself into the exclusive club member.

"Ada risiko yang berbaloi kamu ambil. Kalau berhasil, kamu akan bangga. Kalau gagal, kamu akan lebih pandai dari sebelumnya."

Share:

Self Reflection!

Manusia capai tahap kepuasan tertinggi apabila keputusan yang dibuatnya tepat. Kemampuan untuk memilih decision making yang tepat cenderung memberi kita keyakinan bahawa kita telah mampu menguasai sesebuah masalah tertentu. 

Dalam membikin keputusan yang terbaik banyak juga maklumat yang diperjudikan dan disingkirkan untuk memperoleh satu-satu keputusan. Sehingga kita percaya, i am capable of any of this thing. 

Tapi cuma pesan yang kita perlu selalu ingat, 
"Jika anda berasa anda benar tentang semua perkara, sehinggakan apa sahaja pertikaian perlu mengikut acuan pemikiran anda, sebenarnya anda yang ada masalah".

Sampaikan gara-gara tidak sependapat dengan kita, boleh menyebabkan pergaduhan, bermasam muka, sememangnya itu masalah. Jangan sampai terjerumus di dalam golongan bodsom. Sudahlah bodoh, sombong lagi, bida lagi. hahaha

Kematangan adalah apabila anda mampu melihat sesuatu yang positif dari sesuatu yang negatif. 


"Thinking is difficult, that is why most people judge". 
- Carl Jung

Share:

Monday, June 19, 2023

Fanatik Suatu Pembodohan Tanpa Sedar

 Tingkahlaku orang yang fanatik ini seringkali tidak akan memperdulikan pandangan serta pendapat orang lain. Mereka menganggap apa sahaja yang bertentangan dengan kefahaman mereka ini adalah satu kerugian yang besar dan sebuah kebodohan kerana memilih pendapat yang bertentangan dengan mereka.

Tanpa si fanatik ini sedari bahawa pemikiran mereka ini telah mereka tutupi dengan penghadang kepala yang menolak segala jenis pendapat lain. Apa sahaja benda lain selain apa yang mereka pegang adalah tidak benar. Begitulah bahayanya apabila menjadi fanatik. Tidak mengira fanatik terhadap apa sekalipun, ia akan berakhir dengan perkara yang sia-sia.

Pemfanatik ini telah menutup ruang ilmu serta merta dan mengelak untuk membahaskan apa-apa maklumat lanjut kerana jika terdapat pembuktian terhadap kepercayaan yang mereka percayai ini salah, kenyataan tersebut tidak dapat diterima. Dalam terma mat salleh, mereka berada dalam keadaan in denial.

Maka rugilah siapapun yang menjadi fanatik ke atas apa benda sekalipun, everything has come to their head, will be block immediately. Pemfanatik hidup dalam keadaan yang rugi kerana mahu percaya apa yang mereka percaya sahaja. Rugi bukan!?

Muhammad Ali pernah berkata berbunyi lebih kurang,

"Kalau anda berusia 50 tahun tapi berpikir seperti orang berusia 30 tahun, anda bukannya untung kerana berpikiran muda, tetapi RUGI kerana kehilangan 20 tahun kematangan."

Disebabkan kefanatikan, manusia seperti Jimmy Saville, Jeong Myeong Seok, Park Soon Ja, Kim Ki Soon, Lee Jae Rok, Ayah Pin, dan banyak lagi, mereka dengan mudah memperdayakan mangsa mereka.

Hentikan fanatik pada parti politik
Hentikan fanatik pada artis pujaan
Hentikan fanatik pada pasukan bola
Hentikan fanatik pada orang agama (tanpa usul periksa)

Silaturrahim tidak diraikan bila menjadi pemfanatik. Cuma memecah emosi melampau, Syaitan bertepuk tangan. Kahkahkah!

Penuhkan ilmu di dada, namun ketahuilah ilmu tidak akan penuh walau kita terus dan terus belajar. Tugas kita adalah memanfaatkan ilmu yang kita pelajari untuk kebaikan semua. Semua yang ada dibumi ini.


 "When you lose small mind, you free your life"

- Aerials, System of a Down (2001)


Share:

Friday, June 16, 2023

Ranap Potensi Sosial Anak Pasca Millennium

Bismillah.

Anak-anak zaman sekarang, masing-masing dengan smartphone sendiri. Bermain permainan online terjerit terlolong. Tiada komunikasi bersemuka. Tiada kerjasama sesama. Tiada lagi belajar bersama-sama.

Anak-anak dikhuatiri membesar dengan kekurangan dari segi kebolehan mengawal emosi, kemampuan berkomunikasi, tidak mampu berdikari, kemahiran berkawan-kawan, kebolehdayaan membuat keputusan wajar dan mungkin banyak lagi kekurangan. 

Mungkin di masa akan datang, manusia akan hidup dalam kebiasaan yang baharu. Dimana gajet termasuk di dalam neo adab. Siapa tahu. Kini pun kita sudah hidup pada zaman dimana kau bercakap dengan orang yang sedang ber'chat'kap di smartphone. 

Kepada makpak semua, sediakan anak-anak kita semua dengan kemahiran yang dunia ini perlukan. Ajari mereka dengan ilmu menangani masalah sampah, ajari mereka cintai alam sekitar, cintai ilmu dengan fakta hujah, ajari mereka dengan ilmu cintakan keadilan jauhi rasuah durjana. 

Set the target, pastikan anak-anak kita jauh lebih pandai dari kita. Sebenar-benar pintar bukan yang hanya pintar bermain telefon pintar. Sebab yang kelamaan main telefon pintar ni cenderung lemah dalam beberapa aspek pembelajaran. Tidak semua tetapi kebanyakkan. 

Pandai mencuci piring lebih baik daripada pandai gaming. 
Share: