Tuesday, March 31, 2026

Bingkai Konflik

Ada yang beranggapan konflik yang dialami ini adalah isu kecil. Konflik Asia Barat yang mana kesannya boleh mempengaruhi macam-macam kesan bersangkut paut. Kalau melihat kepada gelagat pengguna medsos, ada masih boleh berketawa gelak, menekan emoji terbahak. Barangkali mereka sangka keselesaan yang mereka nikmati sekarang berkekalan sehingga mereka mati. 

Keadaan ini menunjukkan betapa ignorant orang kita terhadap isu besar yang mereka lihat kecil pada kaca mata mereka. They don't know what is going to hit them in the future. 

Untuk orang macam kita yang gemar kepada ilmu dan tidak menerima bulat-bulat maklumat yang banyaknya terlalu di dunia internet, kita akan meletakkan kewajaran paling tinggi sebelum menerima maklumat. Tapis, hadam, godek, cermati, telaah, baru ambil maklumat tu sebaiknya.

Namun, dugaan di dunia kini terlalu besar. Lihat saja generasi baru kini membesar, otak mereka ditanam dengan "semua mesti segera / cepat / ekpress", pendedahan yang terlalu tinggi terhadap gajet, adab / peduli / prihatin kini kian hilang tempat dalam diri insan. Sedangkan semua terma tersebut adalah asas kepada pembentukan karakter individu untuk menjadi manusia yang berguna kepada orang lain, agama dan negara.

Yang pasti tugasan membentuk generasi baru ini benar-benar mencabar kerana golongan yang digelar Gen Z ini memerlukan bimbingan golongan 80an dan 90an. Malangnya, golongan pembimbing ini juga kini tewas dan sering menghadapkan wajah ke skrin telefon lebih lama berbanding memandang orang lain. 

Realiti ini memang pedih. Rasanya setiap generasi mempunyai masalah yang serupa perlu dihadapi. Jika kita berjaya membimbing, maka dunia yang lebih baik dapat dirasai di masa hadapan.

Kau yang sedang membaca ni, jangan sampai tahap masak telur pun tanya AI. Gunakan kemampuan otak, bagi otak senaman dengan berfikir. Elakkan terlalu bergantung dengan komputer. Manfaatkan setiap inci otak untuk menyediakan satu keputusan yang baik untuk diambil. 

Dunia ini sangat memerlukan manusia yang "waras". Dunia memerlukan sangat ramai manusia ini. 


Share:

0 comments:

Post a Comment