Sunday, October 29, 2023

Aku Bukan yang Terbaik!

Assalamualaikum.

Dalam dunia yang serba luas ini, sebaik mana pun kita rasa kita dalam satu-satu hal, pasti ada yang lebih baik daripada kita.

Kau rasa kau paling handsome, ada lagi paling handsome.

Kau rasa kau paling pembersih, ada lagi paling pembersih, basuh tangan tiap satu minit.

Kau rasa kau paling malas, ada lagi paling malas. Malas sampai dia paling rajin dalam bab bermalas-malas.

Jadi dalam semua hal, akan ada orang lain yang lebih terbaik daripada kita. Jadi kita tidaklah boleh mendabik dada dan berbangga kita yang terbaik. 

Namun dalam hal ini bukanlah penghalang kita jadi orang yang tidak berusaha melakukan yang terbaik. Jadikan ia motivasi terbaik dan sempadan peringatan agar kita tidak berlebih-lebih dalam sesuatu perkara.

"Jangan merasa diri yang terbaik. Tapi sentiasalah buat yang terbaik".
Share:

Saturday, September 23, 2023

Mahkota Kebodohan!?

Sebenarnya memang baik jika yakin dalam melakukan sesuatu. Bila yakin, bermakna keputusan sudah ditimbang sebaiknya untuk menghasilkan keputusan akhir. Macam-macam detail sudah difilter untuk mewujudkan final decision.

Namun, dunia masa kini kita dihidangkan dengan pelbagai ragam manusia yang dengan bangga memakai mahkota kebodohan. Golongan ini dengan yakinnya mengeluarkan kenyataan yang jelas bebal. Tapi kerana kenyataan itu disokong pula si bebal yang lain, maka ia benar-benar yakin bahawa perkataannya itu benar. Ia ibarat sebuah sokongan moral yang menjadikan mereka lebih kuat, utuh dan yakin. Eee seram. haha

Lihat sahaja di dalam media sosial, banyak sahaja netizen menulis komentar yang bila dibaca, boleh geleng kepala dibuatnya. Sampai satu tahap, "tidak sangka sampai tahap ni bebalnya kau dan dengan yakinnya kau memakai mahkota kebebalan itu". 

Bila merenung panjang, aku kira, manusia sukar untuk diselamatkan dari kebebalan ini. Kemodenan yang kita kecapi kini menjadikan kita makhluk yang sombong dan kurang peduli kepada individu lain. Homosapien yang menghuni bumi ini lebih kisah tentang "kisah aku" "kalau aku" "dunia aku". 

Keadaan ini boleh diubah jika terdapat satu figura yang cukup besar untuk menjadi ikon kebijaksaan manusia yang tinggal di dunia ini. 

Kalau kau ada mahkota bebal, tanggalkan. Buang sekali mahkota cemburu, mahkota emosi dan segala jenis mahkota yang menjerumus kau ke lembah gelap. Suluhkan hidup kau dengan cahaya kepandaian, kebersamaan dan kecintaan terhadap keamanan.

Peace! ✌🏻
Share:

Saturday, August 19, 2023

Memadam Api Seberang, Rumah Sendiri Rentung

Di dalam pergaulan sesama manusia, ada yang kita pilih sebagai kawan rapat, dipercayai, berkongsi kisah cerita, ada juga yang kita hormati kerana kedudukannya mungkin atasan kita atau seorang yang senior daripada kita.

Hubungan sesama manusia perlu dijaga dengan baik. Tutur kata, tingkah laku ada kalanya membawa kepada persengketaan di antara sesama kawan. 

Apapun situasinya, jagalah harmoni hubungan sesama rakan yang anda rapat. Jangan dek kerana menjaga hati orang berkedudukan, sehingga memilih untuk hampakan rakan, atas dasar mahu nampak cemerlang di hadapan orang lain.

Hidup ini terlalu singkat untuk saling berdendam dan memenangi peraduan hidup yang tiada piala. Pilih menang bersama saja guys! Hidupmu bakal aman sampai ke tua. Jadi jom #menangbersama kahkahkah!

Jangan sekadar Memadam Api Seberang, Rumah Sendiri Rentung Hangus.

xoxo
Share:

Tuesday, June 20, 2023

Kontol kena Kontrol

Sekumpulan individu biasanya suka untuk lepak bersama-sama apabila mereka ini mempunyai set of knowledge, set of interest, set of humor yang sama atau hampir-hampir. Pada tahap ini hubungan ini digelar "gila-gila". Pernah dengar kan, "Aku boleh masuk air dengan si polan pasal kami sama ja gila-gila".

Hubungan perkumpulan sebegini sebenarnya baik sebab mereka boleh melaksanakan banyak perkara bersama-sama dengan mudah, easy to tolerate. 

Sebab itulah, apabila these set of people, boleh bergurau kasar. No hurt feeling. Cumanya normalisasi sporting masa ini aku rasa difahami dengan konteks yang salah. Sporting tidak semestinya cakap lepas tentang kelucahan, bedal borak tentang body shaming, memaki hamun sesuka hati, sehingga menyinggung perasaan si polan.

Kalau itu sporting yang kau faham, kau sedang salah faham. Percayalah, salah faham lebih bahaya dan mudarat berbanding tidak faham. Kalau tidak faham, kau akan diam, tidak sampai-sampaikan dan panjang-panjangkan malah berusaha untuk cari tahu. Tapi kalau salah faham, benar-benar mudarat. Sudahlah konteks difahami secara tidak betul, dipanjangkan lagi kepada orang lain. Kau seperti menyebarkan sebuah hikayat penipuan yang akan terus meluncur menjadi jambatan dosa kau kelak. Fuh seram.

Maka, berhenti bertindak berdasarkan apa orang cakap. Orang cakap belakang, sebab mereka di belakang. Kau terus melangkah ke hadapan. Kata-kata orang lain yang prejudis ini sepatutnya tiada kesan kepada kau. Biarkan mereka living in their own rubbish mind. 

Burung enggang terbang tidak sama tinggi dengan burung pipit. Letakkan diri kau di tempat yang eksklusif. Get into the exclusive club member.

"Ada risiko yang berbaloi kamu ambil. Kalau berhasil, kamu akan bangga. Kalau gagal, kamu akan lebih pandai dari sebelumnya."

Share:

Self Reflection!

Manusia capai tahap kepuasan tertinggi apabila keputusan yang dibuatnya tepat. Kemampuan untuk memilih decision making yang tepat cenderung memberi kita keyakinan bahawa kita telah mampu menguasai sesebuah masalah tertentu. 

Dalam membikin keputusan yang terbaik banyak juga maklumat yang diperjudikan dan disingkirkan untuk memperoleh satu-satu keputusan. Sehingga kita percaya, i am capable of any of this thing. 

Tapi cuma pesan yang kita perlu selalu ingat, 
"Jika anda berasa anda benar tentang semua perkara, sehinggakan apa sahaja pertikaian perlu mengikut acuan pemikiran anda, sebenarnya anda yang ada masalah".

Sampaikan gara-gara tidak sependapat dengan kita, boleh menyebabkan pergaduhan, bermasam muka, sememangnya itu masalah. Jangan sampai terjerumus di dalam golongan bodsom. Sudahlah bodoh, sombong lagi, bida lagi. hahaha

Kematangan adalah apabila anda mampu melihat sesuatu yang positif dari sesuatu yang negatif. 


"Thinking is difficult, that is why most people judge". 
- Carl Jung

Share:

Monday, June 19, 2023

Fanatik Suatu Pembodohan Tanpa Sedar

 Tingkahlaku orang yang fanatik ini seringkali tidak akan memperdulikan pandangan serta pendapat orang lain. Mereka menganggap apa sahaja yang bertentangan dengan kefahaman mereka ini adalah satu kerugian yang besar dan sebuah kebodohan kerana memilih pendapat yang bertentangan dengan mereka.

Tanpa si fanatik ini sedari bahawa pemikiran mereka ini telah mereka tutupi dengan penghadang kepala yang menolak segala jenis pendapat lain. Apa sahaja benda lain selain apa yang mereka pegang adalah tidak benar. Begitulah bahayanya apabila menjadi fanatik. Tidak mengira fanatik terhadap apa sekalipun, ia akan berakhir dengan perkara yang sia-sia.

Pemfanatik ini telah menutup ruang ilmu serta merta dan mengelak untuk membahaskan apa-apa maklumat lanjut kerana jika terdapat pembuktian terhadap kepercayaan yang mereka percayai ini salah, kenyataan tersebut tidak dapat diterima. Dalam terma mat salleh, mereka berada dalam keadaan in denial.

Maka rugilah siapapun yang menjadi fanatik ke atas apa benda sekalipun, everything has come to their head, will be block immediately. Pemfanatik hidup dalam keadaan yang rugi kerana mahu percaya apa yang mereka percaya sahaja. Rugi bukan!?

Muhammad Ali pernah berkata berbunyi lebih kurang,

"Kalau anda berusia 50 tahun tapi berpikir seperti orang berusia 30 tahun, anda bukannya untung kerana berpikiran muda, tetapi RUGI kerana kehilangan 20 tahun kematangan."

Disebabkan kefanatikan, manusia seperti Jimmy Saville, Jeong Myeong Seok, Park Soon Ja, Kim Ki Soon, Lee Jae Rok, Ayah Pin, dan banyak lagi, mereka dengan mudah memperdayakan mangsa mereka.

Hentikan fanatik pada parti politik
Hentikan fanatik pada artis pujaan
Hentikan fanatik pada pasukan bola
Hentikan fanatik pada orang agama (tanpa usul periksa)

Silaturrahim tidak diraikan bila menjadi pemfanatik. Cuma memecah emosi melampau, Syaitan bertepuk tangan. Kahkahkah!

Penuhkan ilmu di dada, namun ketahuilah ilmu tidak akan penuh walau kita terus dan terus belajar. Tugas kita adalah memanfaatkan ilmu yang kita pelajari untuk kebaikan semua. Semua yang ada dibumi ini.


 "When you lose small mind, you free your life"

- Aerials, System of a Down (2001)


Share:

Friday, June 16, 2023

Ranap Potensi Sosial Anak Pasca Millennium

Bismillah.

Anak-anak zaman sekarang, masing-masing dengan smartphone sendiri. Bermain permainan online terjerit terlolong. Tiada komunikasi bersemuka. Tiada kerjasama sesama. Tiada lagi belajar bersama-sama.

Anak-anak dikhuatiri membesar dengan kekurangan dari segi kebolehan mengawal emosi, kemampuan berkomunikasi, tidak mampu berdikari, kemahiran berkawan-kawan, kebolehdayaan membuat keputusan wajar dan mungkin banyak lagi kekurangan. 

Mungkin di masa akan datang, manusia akan hidup dalam kebiasaan yang baharu. Dimana gajet termasuk di dalam neo adab. Siapa tahu. Kini pun kita sudah hidup pada zaman dimana kau bercakap dengan orang yang sedang ber'chat'kap di smartphone. 

Kepada makpak semua, sediakan anak-anak kita semua dengan kemahiran yang dunia ini perlukan. Ajari mereka dengan ilmu menangani masalah sampah, ajari mereka cintai alam sekitar, cintai ilmu dengan fakta hujah, ajari mereka dengan ilmu cintakan keadilan jauhi rasuah durjana. 

Set the target, pastikan anak-anak kita jauh lebih pandai dari kita. Sebenar-benar pintar bukan yang hanya pintar bermain telefon pintar. Sebab yang kelamaan main telefon pintar ni cenderung lemah dalam beberapa aspek pembelajaran. Tidak semua tetapi kebanyakkan. 

Pandai mencuci piring lebih baik daripada pandai gaming. 
Share:

Sunday, May 14, 2023

Flex Society

Manusia kini tidak lagi memiliki kerendahan hati seperti dahulu. Kini dengan tahap kepintaran manusia dan IQ semakin tinggi, kita dikelilingi oleh sekumpulan manusia yang sangat kisah tentang untung nasib dirinya sendiri sahaja.

Kalau melihat upacara kahwin pada masa ini (tahun ini 2023), upacara perkahwinan umat Islam tidak lagi seperti anjuran agama Islam kita yang mulia. Semua orang berlumba untuk mempamerkan kemewahan kekayaan masing-masing untuk dipampangkan kepada umum. Ibarat bersaing menunjukkan status siapa yang lebih di atas.

Kesederhanaan yang dianjurkan Islam tidak lagi menjadi keutamaan. Bersanding mewah, duduk di meja bulat, media sini sana, dan pelbagai pembaziran demi pembaziran dibuat demi memenuhi standard jemputan yang hadir (walhal mereka ni tiada apa sumbangan selepas selesai sesebuah perkahwinan).

Keghairahan mempamerkan sisi romantis dan majlis mewah ini pula akan memerangkap remaja yang hadir pada waktu itu untuk berangan-angan mempunyai majlis yang serupa. Maka budaya ini terus menerus menjadi pegangan masyarakat Islam yang baharu. Namun tidak menepati anjuran Islami. Kini perkahwinan kita ini sudah seperti perkahwinan barat. Ada vibe amerika gitu. 

Pada masa inilah semua hadirin "flexing". Kamu pun tahu. Flex gaya hidup, flex smartphone, flex pasangan, flex kereta. 

Fuhhhh! Apa yang aku nampak adalah flexing your debt. Keh! 
Share:

Thursday, March 9, 2023

Dilema Penyokong Politik Malaysia

Bismillah

Mana-mana parti di Malaysia akan membuka daftar keahlian. Untuk apa? Adakah untuk mengikat kesetiaan ahli-ahli parti berdaftar? 

Yang lerlu setia pada parti bukanlah pengundi tapi orang parti yang perlu tinggi kesetiaan pada parti yang didokongnya. Parti perform, pasti kerana wakilnya yang buat kerja. Bukan " buat kerja" mengkayakan famili. 

Pengundi sepatutnya diajar untuk bijak memilih setiap kali pilihanraya. Boleh memilih siapa sahaja yang dirasakan boleh meneraju negara. Pembentukan negara bangsa tidak mengambil masa singkat tapi perlu bermula dari sekarang. 

Penyokong politik kadangkala akan sedaya upaya menegakkan hujah untuk memenangkan parti politik yang disokongnya. Mostly, secara membabi buta. Tanpa dapatkan maklumat tambahan dari sumber kawan dan lawan, merasakan diri terpaling betul, merasa " melingkuplah kau dengan parti kau" punya sikap. Sikap ini paling disukai orang politik haprak. Mereka suka sokongan sebegini. Pasal walaupun salah, ada penyokong yang akan menampakkan mereka seperti di pihak yang benar. 

------

Agong cadang sebuah kerajaan yang kuat dan kukuh, kerajaan yang terdiri dari gabungan majoriti yang besar, kerajaan itu disebut sebagai kerajaan perpaduan. Ideanya adalah menggabungkan blok terbesar menang kerusi parlimen. Mengikut turutan, PH (82), PN (74), BN (30), GPS (23), GRS (6), WARISAN (3), lain-lain (4).

PH + PN + BN memenangi kerusi parlimen terbanyak. Jadi cadangan kerjasama ini cukup kuat dan membentuk kesepaduan yang cukup kuat sebagai sebuah kerajaan. Namun PN menolak kerana prinsip menolak PH + BN. Cadangan kerajaan ini adalah cadangan YDPA. Ditolak dan disahkan sendiri Pengerusi PN dalam pengumuman dari pihak PN.

Maka apabila cadangan itu ditolak, PH selaku blok terbesar memenangi kerusi parlimen, diberi cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan ini dengan parti-parti lain. Parti itu terdiri daripada PH + BN + GPS + GRS + WARISAN.

Maka tertubuhlah kerajaan perpaduan. Alhamdulillah. Terbentuk juga kerajaan daripada senario unik politik di Malaysia pada PRU15. Senario yang tidak pernah berlaku dalam membentuk kerajaan. Sama seperti senario Malaysia bertukar PM sebanyak 4 kali dalam tempoh 5 tahun. Kerja gila. 

-----

Kini, PN mengatakan kerajaan perpaduan adalah gabungan yang melanggar prinsip. Bagi PN, PH dikepalai DAP (dalam PN ada GERAKAN), dan BN pula terdiri daripada ahli yang masih didakwa di mahkamah. 

Jika benar PN mahu mendirikan kerajaan, perlu bergabung samada dengan PH ataupun dengan BN. Jika tidak, jumloh tidak mencukupi. Gabung macam mana sekalipun dengan parti lain memang tidak akan cukop jumloh.

Jika PN menerima cadangan YDPA pada awalnya, kenapa tidak memilih medan tersebut untuk berdakwah dan menunjukkan keindahan Islam kepada gabungan politik baharu!? Kalaulah...kalau...

Tapi itupun sekadar berjika.
Share:

Dimensi Individualistik

Bismillah

Setiap manusia memang ada sifat "judgemental". Tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda, hodoh atau kacak, semua ada sifat tersebut. Seringkali akan menilai sesuatu mengikut kaca mata masing-masing. Ini digelar "dimensi individual".

Dalam dimensi ini, ruang lingkup keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pengalaman semata-mata. Sebuah pengalaman yang dialami sendiri. Bermakna jika berlaku satu-satu isu, satu keputusan terus akan disimpulkan berdasarkan dimensi indiviual itu sendiri.

Tanpa mengambilkira faktor lain yang mempengaruhi kebenaran sesebuah kes, individu ini terus menerus mempercayai sesuatu yang terjadi menurut turutan kronologi yang disangkanya benar-benar terjadi. Tidak mengambil apa-apa lagi maklumat lain. Maklumat tambahan. Maklumat luar seperti masa, tanggungjawab, kesenggangan, kesediaan dan macam-macam lagi. Untuk memastikan ketepatan keputusan maka banyak parameter perlu diambilkira.

Kesilapan pada penilaian biasanya berlaku apabila individu terus menjatuh hukum, mereka ini jenis yang mahu percaya apa yang mereka mahu percaya. Terus menolak teori-teori lain  (sedangkan teori sebenar yang membawa kebenaran diabaikan - ditongsampahkan). 

Dalam mendapatkan sebuah keputusan yang tepat, kita dipaksa untuk memberikan lebih tumpuan kepada ketelitian. Sebagai contoh, mengapa si polan menggunakan selipar berbanding kasut. Kalau ia dinilai orang yang judgemental, dia terus menghukum si polan itu pemalas, jijik. Maka terdapat maklumat yang telah diabaikan. Selepas meneliti sedikit pada kaki si polan, rupanya terdapat luka di belakang kaki. Itu punca mengapa si polan memakai selipar.

-----

Paksalah diri kita untuk menambah sedikit ketelitian dalam menghukum sesuatu perkara, perkara kecil ini boleh mengubah anda menjadi orang yang berjiwa besar. Keputusan yang dibuat juga baik untuk kumpulan sekeliling bagi mengelak salahfaham pada dapatan kajian sesuatu kes.

Kalau kita rasa kita hebat, diluar sana ada orang lebih hebat.
Kalau kita rasa kita paling rajin, diluar sana ada orang lebih rajin.
Kalai kita rasa kita paling malas, diluar sana ada orang yang lebih malas.

Berpadalah membuat "judgement". Itu boleh menentukan kita ke syurga atau neraka. 

.....
Share:

Wednesday, March 8, 2023

Dunia kejam

Bismillah.

Semakin usia kita bertambah, kehidupan dan dunia ini sering memberikan kita masalah. Namun, bagi mereka yang punyai kemahiran menyerap, menangkis krisis-krisis di jalan hidupnya, akan merasa secebis ketenangan.

Kita hidup dalam dunia yang kian mencabar. Ayat ini mungkin pernah ditulis pada tahun 1970-an, cabaran pada waktu itu juga bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada waktu ini, cabaran 1970-an itu sudah berlipat kali ganda. Ada cabaran yang ada jalan penyelesaian, ada yang masih buntu, ada yang 50/50 boleh diselesaikan. 

Cabaran akan terus menghentam kita sampai mati. Tiada henti. Kadang kala kita merasakan bahawa dunia ini kejam terhadap kita. Sehingga tidak mampu membuat kita bahagia seperti yang kita doakan dalam setiap doa di hujung solat. 
 
-----

Jika sehingga point ini anda merasa "berapa panjang bebel daaa..", berkemungkinan anda warga tiktok yang teruja untuk waktu singkat dan menginginkan keterujaan baru secepat mungkin. 

Baik. Seperkara yang anda perlu tahu dan pegang bahawa, sekejam mana pun dunia ini melayani anda, ketahuilah tuhan itu maha adil.

Mungkin kita mengeluh mengapa si polan selalu megah dengan kereta yang bagus, rumah yang besar, pakaian mewah tapi kita tidak sedar kita sedang dihindari daripada menanggung beban kewangan jika mengikut cara hidup si polan.

-----

yakinlah bahawa Dunia ini memang kejam, Allah maha adil. 

....
Share:

Tuesday, March 7, 2023

Variasi Sisi Manusia

 Bismillah

Manusia itu macam-macam. Kita ingat kita kenal semua sifat manusia. Tapi tetap juga kita gagal menemui jalan cerita sempurna untuk kehidupan kita.

Tetap juga kita disakiti, dikhianati, dicabar, dilawan, dicerca, dihina, dianak-tirikan, diabaikan.

Begitulah sifat manusia, sifat itu berubah-ubah dari umur 0 - 20, berubah lagi dari 20 - 30 dan selanjutnya.

Apa yang mampu kita lakukan? Untuk memenuhi kehidupan yang tidak pernah akan memenuhi keinginan kita?

Caranya teruskan belajar, banyak belajar, banyak pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini akan menjadi SENJATA anda menghadapi dunia. 

Ingat ini, "DUNIA INI KEJAM, TAPI TUHAN ITU ADIL"

Kita ulas terma di atas di tulisan seterusnya.


Share: