Thursday, March 9, 2023

Dimensi Individualistik

Bismillah

Setiap manusia memang ada sifat "judgemental". Tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda, hodoh atau kacak, semua ada sifat tersebut. Seringkali akan menilai sesuatu mengikut kaca mata masing-masing. Ini digelar "dimensi individual".

Dalam dimensi ini, ruang lingkup keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pengalaman semata-mata. Sebuah pengalaman yang dialami sendiri. Bermakna jika berlaku satu-satu isu, satu keputusan terus akan disimpulkan berdasarkan dimensi indiviual itu sendiri.

Tanpa mengambilkira faktor lain yang mempengaruhi kebenaran sesebuah kes, individu ini terus menerus mempercayai sesuatu yang terjadi menurut turutan kronologi yang disangkanya benar-benar terjadi. Tidak mengambil apa-apa lagi maklumat lain. Maklumat tambahan. Maklumat luar seperti masa, tanggungjawab, kesenggangan, kesediaan dan macam-macam lagi. Untuk memastikan ketepatan keputusan maka banyak parameter perlu diambilkira.

Kesilapan pada penilaian biasanya berlaku apabila individu terus menjatuh hukum, mereka ini jenis yang mahu percaya apa yang mereka mahu percaya. Terus menolak teori-teori lain  (sedangkan teori sebenar yang membawa kebenaran diabaikan - ditongsampahkan). 

Dalam mendapatkan sebuah keputusan yang tepat, kita dipaksa untuk memberikan lebih tumpuan kepada ketelitian. Sebagai contoh, mengapa si polan menggunakan selipar berbanding kasut. Kalau ia dinilai orang yang judgemental, dia terus menghukum si polan itu pemalas, jijik. Maka terdapat maklumat yang telah diabaikan. Selepas meneliti sedikit pada kaki si polan, rupanya terdapat luka di belakang kaki. Itu punca mengapa si polan memakai selipar.

-----

Paksalah diri kita untuk menambah sedikit ketelitian dalam menghukum sesuatu perkara, perkara kecil ini boleh mengubah anda menjadi orang yang berjiwa besar. Keputusan yang dibuat juga baik untuk kumpulan sekeliling bagi mengelak salahfaham pada dapatan kajian sesuatu kes.

Kalau kita rasa kita hebat, diluar sana ada orang lebih hebat.
Kalau kita rasa kita paling rajin, diluar sana ada orang lebih rajin.
Kalai kita rasa kita paling malas, diluar sana ada orang yang lebih malas.

Berpadalah membuat "judgement". Itu boleh menentukan kita ke syurga atau neraka. 

.....
Share:

0 comments:

Post a Comment