Wednesday, March 8, 2023

Dunia kejam

Bismillah.

Semakin usia kita bertambah, kehidupan dan dunia ini sering memberikan kita masalah. Namun, bagi mereka yang punyai kemahiran menyerap, menangkis krisis-krisis di jalan hidupnya, akan merasa secebis ketenangan.

Kita hidup dalam dunia yang kian mencabar. Ayat ini mungkin pernah ditulis pada tahun 1970-an, cabaran pada waktu itu juga bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada waktu ini, cabaran 1970-an itu sudah berlipat kali ganda. Ada cabaran yang ada jalan penyelesaian, ada yang masih buntu, ada yang 50/50 boleh diselesaikan. 

Cabaran akan terus menghentam kita sampai mati. Tiada henti. Kadang kala kita merasakan bahawa dunia ini kejam terhadap kita. Sehingga tidak mampu membuat kita bahagia seperti yang kita doakan dalam setiap doa di hujung solat. 
 
-----

Jika sehingga point ini anda merasa "berapa panjang bebel daaa..", berkemungkinan anda warga tiktok yang teruja untuk waktu singkat dan menginginkan keterujaan baru secepat mungkin. 

Baik. Seperkara yang anda perlu tahu dan pegang bahawa, sekejam mana pun dunia ini melayani anda, ketahuilah tuhan itu maha adil.

Mungkin kita mengeluh mengapa si polan selalu megah dengan kereta yang bagus, rumah yang besar, pakaian mewah tapi kita tidak sedar kita sedang dihindari daripada menanggung beban kewangan jika mengikut cara hidup si polan.

-----

yakinlah bahawa Dunia ini memang kejam, Allah maha adil. 

....
Share:

0 comments:

Post a Comment