Bismillah
Mana-mana parti di Malaysia akan membuka daftar keahlian. Untuk apa? Adakah untuk mengikat kesetiaan ahli-ahli parti berdaftar?
Yang lerlu setia pada parti bukanlah pengundi tapi orang parti yang perlu tinggi kesetiaan pada parti yang didokongnya. Parti perform, pasti kerana wakilnya yang buat kerja. Bukan " buat kerja" mengkayakan famili.
Pengundi sepatutnya diajar untuk bijak memilih setiap kali pilihanraya. Boleh memilih siapa sahaja yang dirasakan boleh meneraju negara. Pembentukan negara bangsa tidak mengambil masa singkat tapi perlu bermula dari sekarang.
Penyokong politik kadangkala akan sedaya upaya menegakkan hujah untuk memenangkan parti politik yang disokongnya. Mostly, secara membabi buta. Tanpa dapatkan maklumat tambahan dari sumber kawan dan lawan, merasakan diri terpaling betul, merasa " melingkuplah kau dengan parti kau" punya sikap. Sikap ini paling disukai orang politik haprak. Mereka suka sokongan sebegini. Pasal walaupun salah, ada penyokong yang akan menampakkan mereka seperti di pihak yang benar.
------
Agong cadang sebuah kerajaan yang kuat dan kukuh, kerajaan yang terdiri dari gabungan majoriti yang besar, kerajaan itu disebut sebagai kerajaan perpaduan. Ideanya adalah menggabungkan blok terbesar menang kerusi parlimen. Mengikut turutan, PH (82), PN (74), BN (30), GPS (23), GRS (6), WARISAN (3), lain-lain (4).
PH + PN + BN memenangi kerusi parlimen terbanyak. Jadi cadangan kerjasama ini cukup kuat dan membentuk kesepaduan yang cukup kuat sebagai sebuah kerajaan. Namun PN menolak kerana prinsip menolak PH + BN. Cadangan kerajaan ini adalah cadangan YDPA. Ditolak dan disahkan sendiri Pengerusi PN dalam pengumuman dari pihak PN.
Maka apabila cadangan itu ditolak, PH selaku blok terbesar memenangi kerusi parlimen, diberi cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan ini dengan parti-parti lain. Parti itu terdiri daripada PH + BN + GPS + GRS + WARISAN.
Maka tertubuhlah kerajaan perpaduan. Alhamdulillah. Terbentuk juga kerajaan daripada senario unik politik di Malaysia pada PRU15. Senario yang tidak pernah berlaku dalam membentuk kerajaan. Sama seperti senario Malaysia bertukar PM sebanyak 4 kali dalam tempoh 5 tahun. Kerja gila.
-----
Kini, PN mengatakan kerajaan perpaduan adalah gabungan yang melanggar prinsip. Bagi PN, PH dikepalai DAP (dalam PN ada GERAKAN), dan BN pula terdiri daripada ahli yang masih didakwa di mahkamah.
Jika benar PN mahu mendirikan kerajaan, perlu bergabung samada dengan PH ataupun dengan BN. Jika tidak, jumloh tidak mencukupi. Gabung macam mana sekalipun dengan parti lain memang tidak akan cukop jumloh.
Jika PN menerima cadangan YDPA pada awalnya, kenapa tidak memilih medan tersebut untuk berdakwah dan menunjukkan keindahan Islam kepada gabungan politik baharu!? Kalaulah...kalau...
Tapi itupun sekadar berjika.